Tuesday, July 29, 2008

Sekitar Di Hari Pesta Wau Antarabangsa Tumpat Kelantan. 24-27.5.2008.


Wau yang gubah amat menarik para pengunjung dan untuk permarkahan para pengadil.
Kelihatan para pengunjung sibuk membeli-belah di setiap gerai-gerai yg terdapat di Pesta Wau Antarabangsa itu.
Acara peraduan wau cantik juga turut di pertandingkan.

Thursday, July 24, 2008

Menara tempat para pengunjung utk melihat permandangan di lautan.
Kemeriahan kanak-kanak dan orang dewasa di hari pesta wau antarabangsa.
( Ediramlee dan Eziz Shukman )
Di sebahagian dpd wau-wau yang dinaikkan di pesta tersebut
Di antara bendera-bendera daripada negara luar negeri dan negara yg turut mengambil bahagian di hari pesta wau antarabangsa ini.




Permandangan di waktu senja dengan lelayang ( wau ) berterbangan di udara berlatarkan warna keemasan jingga sempena di pesta wau antarabangsa Tumpat, Kelantan.

Sunday, July 20, 2008

Foto Perkahwinan Sepupuku : Siti Rafeah & Mohd.Hamzah ( 26.5.2008-Isnin ).




Di antara barang-barang hantaran dpd pihak pengantin lelaki yg diterima daripada keluarga pengantin perempuan.


Ketibaan keluarga pengantin lelaki disambut oleh keluarga di pihak pengantin perempuan, dengan amat bergembira dan ria sekali bagi pengantin perempuan kerana jejaka tampan yg bakal menjadi suaminya melangkah perlahan-lahan menuju ke singsahsana, untuk menjadi Raja Sehari itu.

Saturday, July 19, 2008

Gambar ( 1 ) Gambar ( 2 )
Gambar ( 3 )
Gambar Atas ( I )
Sepupu di sebelah pengantin perempuan sedang bergambar dengan kedua belah
mempelai di rumah pengantin perempuan di Jalan Boustead, Tumpat, Kelantan.

Gambar ( 2 )
Debar pengantin perempuan menunggu kehadiran pengantin lelaki yg suatu ketika dahulu berjaya menambatkan hatinya untuk menempuh ke gerbang perkahwinan ini.


Gambar ( 3 )

Pengantin perempuan di payungi oleh seorang Mak Andam muda sambil ia memberikan kata-kata semangat agar jiwa naluri mempelai itu tabah dalam menempuhi pancaroba hidup ini kelak.


Kedua mempelai dan para tetamu serta keluarga di kedua belah pengantin sedang mengaminkan bacaan doa selamat. Semuga jodoh mereka kekal ke anak cucu, bahagia di dunia dan akhirat hendaknya.


Sama cantik dan sama padan
" Bagai Pinang Di Belah Dua "

Mohd. Hamzah Samsuri Bin Mat Salleh
&
Siti Rafeah Binti Haji. Ibrahim

Friday, July 18, 2008

Tumpat juga tempat memproses ikan.






Di Tumpat juga terdapat tempat memproses ikan masin ( ikan kering ), tempat
membuat sos budu, serta tempat untuk menyimpan ikan-ikan basah yg datang dari kapal-kapal
nelayan. Sebaik sahaja ikan-ikan itu diturunkan daripada mana-mana kapal nelayan. Mereka
akan menyimpan ikan-ikan itu di dalam peti ais di rumah gudang.

Terdapat juga para pembeli yg datang ke jeti atau pengkalan untuk membeli secara
terus daripada nelayan di sini. Terutamanya daripada pemborong ikan untuk menjual di pasar-
pasar besar kepada para peraih kecil dan sebagainya. Ikan-ikan yg dibeli secara langsung di sini masih segar dan berkualiti serta harganya murah dan berpatutan.

Manakala terdapat juga ikan-ikan bilis di proses untuk di jadikan sos budu, ikan-ikan
bilis tersebut di peram di dalam tempayan dalam jangkamasa tertentu, sebelum sos budu
itu di isikan ke dalam botol-botol untuk di pasarkan. Cara memperosesnya adalah sama juga
dgn cara pembuatan kicap-kicap. Bezanya budu berwarna kelabu atau merah kelabu, manakala
kicap berwarna hitam pekat dan cair. Sos budu ada juga dimasukan asam limau oleh para pengusaha sos budu tersebut, bagi melazatkan citarasanya.

Sos budu ini terdiri daripada pelbagai cap jenama, di antara yg kerap kita lihat di mana-mana kedai runcit atau kedai-kedai besar seperti; cap buah jagus, cap asam limau nipis
dan sebagainya. Adalah amat membanggakan kita sekarang ini, sos budu sekarang telahpun
berjaya di pasarkan ke luar negara, terutama di Eropah , Perancis dan sebagainya.

Sos budu ini amat menyelerakan jika di makan bersama nasi, berserta ulam petai, jering dan sebagainya. Di masukan asam limau nipis bersama ikan tawar ( ikan bakar ) serta dicampurkan
beberapa biji cili padi. Kadangkala sos budu ini dijadi pencincah untuk asam jawa, mangga muda, adakala ia juga digunakan untuk masakan ke dalam gulai daging, atau penyeri bagi nasi kerabu
bertumis itu. Di Kelantan budu amat dikenali, manakala di Melaka cincalok. Kedua-dua bahan
makanan tersebut merupakan salah satu makanan tradisional Melayu yg juga telah mula digemari oleh mana-mana suku bangsa di dalam negara kita ini.