Monday, May 12, 2008

Persekitaran Bandar Tumpat.





Pekan Tumpat
Di sinilah tempat kami berlibur pada setiap pagi hari minggu ( Jumaat ), kami berkumpul di atas Pasar Besar Tumpat, sambil menikmati secawan kopi panas dan sepinggang nasi berlauk
samada lauk ikan tongkol ( ikan aya ) , daging lembu atau daging ayam. Kami ke sana menggu-
nakan jalan laut iaitu, menaiki perahu berinjin, motorbot kayu, dan melalui jalan darat pula kami bermotorsikal, bas tambang, berbasikal ,teksi sewa dan prebet sapu ( kereta sewa persen-
dirian ).

Di dalam pasar ini terdapat berbagai-bagai makanan dan minuman yang dijual kepada orang ramai. Kuih-kuih tradsional seperti; dodoi, kuih wajib ( nasi manis ), bahulu, manakala manisan pembuka selera seperti;kuih lompat tikam, gepak kacang ( biji kacang rebus warna hitam yang dicampur dengan kelapa berserta gula ), karipap, dan sebagainya. Semuanya ini
sungguh menyelera sekali untuk hidangan pada waktu pagi, ditambah pula dengan pulut pagi
bersama lauk ikan masin.

Manakala di tingkat bawah terdapat bermacam-macam jualan seperti, sayur-mayur, barang-barang basah seperti, daging lembu tempatan, lembu import, ayam ,bermacam jenis ikan sungai dan ikan laut juga kedapatan di sini. Tidak ketinggalan juga terdapat mereka yang
menjual barang-barang purba seperti keris, seratika lama, duit kertas dan siling lama, dan juga
ada yang menjual buku-buku agama, barangan lelong. kami terhibur juga dengan persembahan
percuma daripada orang yang menjual ubat, riuh-rendah dengan lagu-lagu dikir barat ala Hindustan, rambo, daripada mereka yang menjual tali-tali kaset dan penjualan VCD/DVD cetak
rompak juga ada kelihatan mengraih kedatangan para pelanggan.


Di bahagian tingkat dua, bahagian yang menjual pakaian, seperti kain sarung, batik, baju,
seluar dan sebagainya. Terdapat juga pakaian daripada jenama tiruan dijual dalam pasar ini.Di tingkat atas ini, bukan sahaja kedai pakaian, kedai makan, kedai jualan buku-buku agama, tali kaset ceramah parti politik, kaset agama, dan sebagainya terdapat di sini. Layanan diberikan oleh setiap para penjual amat bersopan-santun dan mesra sekali, kemudahan pasaran tawar menawar harga selalu diberikan keutamaan kepada setiap kunjungan para pelanggan.


Kami merasa bangga sekarang bandar Tumpat telah membangun pesat, pertumbuhan
banguan rancak, dunia IT semakin pesat di sini, terdapatnya kelas-kelas pembelajaran ICT di
pekan ini. Sekarang warga Tumpat telah berjaya serta setanding dengan warga-warga daripada pekan-pekan yang lain di dalam negeri Kelantan ini.