KG.KOK KELI( MY KOK KELI )
Lagenda buaya putih belaan seorang alim ulamak terkenal allahyarham Tuan. Guru Selehor masih segar dalam ingatan masyarakat di kedua-dua buah kampung berdekatan iaitu, Di Kg.Kok
Dahulu masyarakat di Kg.Kok Keli banyak yang memiliki sampan uzur, sekarang mereka telah mampu memiliki sebuah bot berkuasa kuda, tiada lagi menggunakan pendayung untuk mengayuh perahu bagi menangkap ikan di sungai, menahan lukah, pukat dan sebagainya.Kalau adapun yang menggunakan perahu dayung hanya beberapa kerat sahaja. Masyarakat di sini pekerjaan utamanya ialah; menangkap ikan di sungai, laut,( nelayan ), menanam padi, menjadi buruh kasar di Singapura, menjadi petani dan sebagainya.
Kebanyakkan masyarakat di kampungku telah bertukar wajah, kalau dahulu kebanyakan rumah mereka beratapkan rumbia, berdinding papan, berdinding buluh, berlantai nibung.Sekarang ada yang telah mampu memiliki sebuah rumah batu. Itulah kejayaan masyarakat kampung sekarang, namun adat kejiranan masih tetap diamalkan, segar dalam pandangan mata, tutur kata dan adat budaya masih tetap terpelihara.Utuh sepanjang zaman, "tak lekang dek hujan, tak lapuk di panas".
Boleh dikatakan, di mana-mana kampung sekalipun kedapatan " Wakaf " disediakan kepada
Hampir semua masyarakat kampung, kebanyakkannya ada yang telah mampu memiliki kereta nasional buatan Malaysia. Kalau dahulunya hanya mampu berbasikal, bermotorsikal,
Boleh dikatakan di setiap lorong yang kebanyakannya jalan-jalannya telah bertar, jika dahulu
Di kampungku tidak ketinggalan juga daripada menikmati arus pembangunan yang moden dengan pelbagai kemudahan asas yang lain seperti jalanraya bertar, api elektrik, air dan sebagainya. Sebelum ini kami hanya mandi menggunakan air perigi, berpelita ayam, kadangkala
Bersebelahan Padang Scourt ini, Sekolah Rendah Kebangsaan Kok Keli II, sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai anak-anak watan di kampung ini menjadi anak bangsa yang berguna
Ini adalah Dewan Serbaguna ( Dewan Orang Ramai ), bagi masyarakat kampung di persekitaran Kg.Kok Keli I, Kok Keli II dan lain-lain kampung. Di dewan inilah penghulu dan anak buahnya bermusyawarah , jika ada urusan penting yang hendak disampaikan kepada orang kampung, seperti urusan pilihanraya, mesyuarat kenduri-kendara, bilikan gerakkan banjir ( ceramah ) dan sebagainya. Sebelum dewan ini didirikan ia adalah sebuah padang bola sepak, dikenali juga dengan nama " Padang Scourt " atau Padang Pengakap. Di atas padang inilah seluruh penghimpunan pengakap di negeri Kelantan berhimpun, jika mereka mengadakan sambutan jubli pengakap, kerana bersebelahan padang ini terdapat Dewan Pengakap yang cukup lengkap dengan peralatannya. Terdapat berpuluh-puluh khemah pengakap didirikan di situ pada hari sambutan jubli pengakap.
Titian batang kelapa menghubung daripada jalan ke rumah kami untuk ke bendang sawah padi.
Nun,jauh di sana kelihatan sawah padi terbentang luas sayup-sayup jauh mata memandang. Di sinilah saya dan rakan sewaktu kecil menolong ibu dan ayah mengetam padi masak menguning