Friday, July 18, 2008

Tumpat juga tempat memproses ikan.






Di Tumpat juga terdapat tempat memproses ikan masin ( ikan kering ), tempat
membuat sos budu, serta tempat untuk menyimpan ikan-ikan basah yg datang dari kapal-kapal
nelayan. Sebaik sahaja ikan-ikan itu diturunkan daripada mana-mana kapal nelayan. Mereka
akan menyimpan ikan-ikan itu di dalam peti ais di rumah gudang.

Terdapat juga para pembeli yg datang ke jeti atau pengkalan untuk membeli secara
terus daripada nelayan di sini. Terutamanya daripada pemborong ikan untuk menjual di pasar-
pasar besar kepada para peraih kecil dan sebagainya. Ikan-ikan yg dibeli secara langsung di sini masih segar dan berkualiti serta harganya murah dan berpatutan.

Manakala terdapat juga ikan-ikan bilis di proses untuk di jadikan sos budu, ikan-ikan
bilis tersebut di peram di dalam tempayan dalam jangkamasa tertentu, sebelum sos budu
itu di isikan ke dalam botol-botol untuk di pasarkan. Cara memperosesnya adalah sama juga
dgn cara pembuatan kicap-kicap. Bezanya budu berwarna kelabu atau merah kelabu, manakala
kicap berwarna hitam pekat dan cair. Sos budu ada juga dimasukan asam limau oleh para pengusaha sos budu tersebut, bagi melazatkan citarasanya.

Sos budu ini terdiri daripada pelbagai cap jenama, di antara yg kerap kita lihat di mana-mana kedai runcit atau kedai-kedai besar seperti; cap buah jagus, cap asam limau nipis
dan sebagainya. Adalah amat membanggakan kita sekarang ini, sos budu sekarang telahpun
berjaya di pasarkan ke luar negara, terutama di Eropah , Perancis dan sebagainya.

Sos budu ini amat menyelerakan jika di makan bersama nasi, berserta ulam petai, jering dan sebagainya. Di masukan asam limau nipis bersama ikan tawar ( ikan bakar ) serta dicampurkan
beberapa biji cili padi. Kadangkala sos budu ini dijadi pencincah untuk asam jawa, mangga muda, adakala ia juga digunakan untuk masakan ke dalam gulai daging, atau penyeri bagi nasi kerabu
bertumis itu. Di Kelantan budu amat dikenali, manakala di Melaka cincalok. Kedua-dua bahan
makanan tersebut merupakan salah satu makanan tradisional Melayu yg juga telah mula digemari oleh mana-mana suku bangsa di dalam negara kita ini.
























0 comments: