Nun,jauh di sana kelihatan sawah padi terbentang luas sayup-sayup jauh mata memandang. Di sinilah saya dan rakan sewaktu kecil menolong ibu dan ayah mengetam padi masak menguningpada musim cuti persekolahan, adakala kami menolong ibu mencucuk semaian anak-anak padi dalam petak-petak sawah. Adatika juga sewaktu padi masak kami akan pasang pepatung berupa orang-orang, memasang tin-tin kosong dengan mengikat pada dawai-dawai memanjang merentangi petak sawah , bertujuan untuk menghalau burung-burung daripada memakan
biji-biji padi yang telah masak. Sekiranya terdapat anak-anak ikan keli, haruan,puyu di dalam petak sawah kami akan pasang tajul, pukat, serkap dan sebagainya.
Adakala selepas semua padi telah di ketam , jeramai-jerami padi akan dibakar, kesannya bakarannya seperti padang jarak,padang terkukur. Pada sebelah petang kami akan bermain layang-layang bersama kawan-kawan. Alangkah seronaknya suasana kampung.
0 comments:
Post a Comment