Lagenda buaya putih belaan seorang alim ulamak terkenal allahyarham Tuan. Guru Selehor masih segar dalam ingatan masyarakat di kedua-dua buah kampung berdekatan iaitu, Di Kg.KokPasir dan Kg.Kok Keli. Di mana suatu ketika dahulu buaya putih ini telah dilepaskan oleh tuan guru tersebut di dalam sungai ini, supaya buaya putih berkenaan akan dapat menghalau
mana-mana buaya-buaya lain yang cuba untuk menganggu orang kampung yang hendak mencari hasil tangkapan di sungai atau bermandi-manda di dalam sungai.
Pada zaman dahulu sungai inilah sebagai alat perhubungan utama sebagai jalanair untuk menghubungi ke mana-mana kampung yang berdekatan atau jauh, samada untuk laluan utama
ke pekan Tumpat, ke Pulau Beluru, Pulau Seratus, Pulau Tongkang, Pulau Besar, Pulau Teluk Rajuna dan sebagainya.
Aku masih ingat ketika sewaktu belasan tahun, kami sekeluarga menggunakan sampan dayung
untuk ke pekan Tumpat, samada untuk menonton wayang gambar di pawagam Tumpat, membeli belah di hujung hari minggu, menghadiri sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, di dataran bandar Tumpat dan sebagainya. Walaupun jalan darat ( Jalanraya ) ada, tetapi jauh,
kami terpaksa berjalan kaki untuk menuju ke jalan besar ( jalan utama ), melalui Kg.Berangan untuk mendapatkan bas ke Tumpat atau ke Kota Bharu menunggu masa berjam-jam lamanya
bagi mendapat bas untuk ke mana-mana destinasi itu. Alangkah siksa badannya ketika itu di tahun-tahun 1970an.Sekarang segala-galanya telah berubah. " Sekali air bah, sekali pasir berubah ". Majulah kampungku, di halamanku.
0 comments:
Post a Comment