Ini adalah Dewan Serbaguna ( Dewan Orang Ramai ), bagi masyarakat kampung di persekitaran Kg.Kok Keli I, Kok Keli II dan lain-lain kampung. Di dewan inilah penghulu dan anak buahnya bermusyawarah , jika ada urusan penting yang hendak disampaikan kepada orang kampung, seperti urusan pilihanraya, mesyuarat kenduri-kendara, bilikan gerakkan banjir ( ceramah ) dan sebagainya. Sebelum dewan ini didirikan ia adalah sebuah padang bola sepak, dikenali juga dengan nama " Padang Scourt " atau Padang Pengakap. Di atas padang inilah seluruh penghimpunan pengakap di negeri Kelantan berhimpun, jika mereka mengadakan sambutan jubli pengakap, kerana bersebelahan padang ini terdapat Dewan Pengakap yang cukup lengkap dengan peralatannya. Terdapat berpuluh-puluh khemah pengakap didirikan di situ pada hari sambutan jubli pengakap.Saya dan rakan-rakan sewaktu zaman remaja selalu bermain bola sepak, kadang-kadang di atas padang ini ,ada pelbagai persembahan kesenian yang di adakan, selain sukan sekolah, sukanika , terdapat juga persembahan wayang gambar bergerak daripada Jabatan Penerangan Malaysia,Dikir Barat, Wayang Kulit, pertandingan burung merbuk dan sebagainya sebagai hiburan masyarakat kampung pada ketika itu. Sungguh menghiburkan sekali pada zaman-zaman remajaku ketika itu. Kampunglah sebagai pengubat rindu kepada ibubapa, saudara mara dan teman-teman.
0 comments:
Post a Comment